Friday, 21 October 2016

Kesantunan yang merentasi budaya

Konsep Budaya

@ Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal)

@ Secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia

@ Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia

@ Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

@ Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat

@ Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

@ Kamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain)

@ Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi

@ Kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat


Konsep Kesantunan

@ Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek
nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.

@ Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

@ Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi.

@ Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

@ Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas
kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak
dikaitkan dengan konsep keihklasan.

@ Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi
perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.

@ Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai
hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu

@ Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi
prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial

@ Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaan

@ Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini.

@ Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yg ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu@ Berpegang kuat pada adat resam dan agama
@ Memberi salam apabila bersua
@ Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
@ Kata sapan.
@ Kata gelaran.
@ Panggilan.
@ Bersalam.
@ Bertanya khabar.
@ Melayan tetamu.
@ Menghormati orang tua.


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina
@ Tunduk ketika memberi salam.
@ Orang tua makan dahulu
@ Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
@ Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
@ Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India
@ Duduk bersila semasa makan.
@ Tidak membazirkan makanan.
@ Senyap semasa bersembahyang.
@ Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
@ Mematuhi adat dan resam
@ Salam orang yang lebih tua.






Wednesday, 10 August 2016

Kesimpulan tentang takrifan kesantunan

Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah dibuat kesimpulan santun berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi. Bahasa yang digunakan mestilah digunakan penuh dengan adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau konflik.Kesimpulannya berdasarkan perbincangan di atas ,  kesantunan dalam pangilan berbahasa mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas yang berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggungjawab.



1.Menunjukkan moral dan suatu dasar atas perilaku seseorang

  • Dalam kesantunan kita dapat menilai suatu sifat dalam diri seseorang itu atau kita pun dapat melihat karakteristik dari  diri seseorang itu 

  • Dari tatacara bahasanya ataupun dari tutur bahasanya kita akan mampu menilai apakah orang ini memiliki kesantunan dan norma adat atau tidak.



2.Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita

  •  Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut.

  • Apabila wujudnya sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan.



3.Dapat menjalinkan silaturrahim dan ukhuwah yang rapat antara jiran

  • Budaya kunjung-mengunjungi, gotong-royong dan kenduri yang merupakan warisan nenek moyang sudah mula goyah di sesetengah kawasan.

  • Sebenarnya, kesantunan  harus dijadikan asas untuk membentuk semangat kejiranan, seterusnya merapatkan hubungan antara satu sama lain.

  • Bertegur sapa dengan jiran tidak memadai untuk mengekalkan persahabatan sekiranya kita tidak mengamalkan sikap tolong-menolong, bekerjasama, dan toleransi.


4.Memajukan sektor pelancongan negara

  • Pelancong asing wajar dilayan dengan sopan supaya mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap negara kita.

  • Rakyat harus sentiasa mengamalkan sifat senyum selalu kerana sifat ini dapat memberi tanggapan positif kepada seseorang bahawa kedatangannya dialu-alukan.

  • Di samping itu, sektor pelancongan yang rancak akan mempercepat aliran mata wang asing, sekali gus menjana ekonomi negara.




5.Negara menjadi semakin berkembang dan maju 

  • Kesantunan penting kepada remaja kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara.

  • Hal ini menjadikan betapa pentingnya remaja sebagai modal insan minda kelas pertama yang akan memimpin bangsa dalam mencapai kemajuan negara pada masa yang akan datang.

  • Pembentukan perangai dan budi bahasa yang mulia penting kepada mereka sebagai panduan untuk menjalani kehidupan.

  • Remaja yang berperibadi mulia dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala sosial dan kerosakan akhlak kerana mereka sedar akan keburukan tindakan tersebut.



Wednesday, 27 July 2016

Konsep budaya dalam masyarakat Cina


Pengertian Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina

  • Dalam masyarakat Cina, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.
  • Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.
  • Dalam masyarakat Cina, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Masyarakat Cina

  1.  Tunduk ketika memberi salam.
  2.  Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
  3.  Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
  4.  Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
  5.  Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
  6.  menolong orang susah
  7.  pemurah