Friday, 21 October 2016

Kesantunan yang merentasi budaya

Konsep Budaya

@ Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal)

@ Secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia

@ Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia

@ Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

@ Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat

@ Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

@ Kamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain)

@ Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi

@ Kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat


Konsep Kesantunan

@ Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek
nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.

@ Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

@ Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi.

@ Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

@ Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas
kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak
dikaitkan dengan konsep keihklasan.

@ Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi
perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.

@ Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai
hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu

@ Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi
prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial

@ Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaan

@ Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini.

@ Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yg ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu@ Berpegang kuat pada adat resam dan agama
@ Memberi salam apabila bersua
@ Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
@ Kata sapan.
@ Kata gelaran.
@ Panggilan.
@ Bersalam.
@ Bertanya khabar.
@ Melayan tetamu.
@ Menghormati orang tua.


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina
@ Tunduk ketika memberi salam.
@ Orang tua makan dahulu
@ Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
@ Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
@ Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India
@ Duduk bersila semasa makan.
@ Tidak membazirkan makanan.
@ Senyap semasa bersembahyang.
@ Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
@ Mematuhi adat dan resam
@ Salam orang yang lebih tua.